Wednesday, 21 March 2012

Senarai Program Mingguan Mengimarahkan Masjid


Berikut adalah senarai aktiviti-aktiviti yang telah diatur secara minggu untuk sebelum atau selepas solat:

Setiap hari Isnin:-
  • Subuh - Membudayakan kitab suci Al-Quran (Pembimbing: Tn Imam Hj. Abd. Aziz)
  • Zohor -
  • Asar - Kelas Fardu Ain, HELWA (Pembimbing: Ustaz Roslan / Ustazah Saenah)
  • Magrhib - Kelas Fardu Ain (Pembimbing: Ustaz Zaimi)
  • Isya' -
Setiap hari Selasa:-
  • Subuh - Membudayakan kitab suci Al-Quran (Pembimbing: Tn Imam Hj. Abd. Aziz)
  • Zohor -
  • Asar -
  • Magrhib -Kelas Berzanji (Pembimbing: Tn Imam Hj. Abd Aziz)
  • Isya' - 
Setiap hari Rabu:-
  • Subuh - Membudayakan kitab suci Al-Quran (Pembimbing: Tn Imam Hj. Abd. Aziz)
  • Zohor -
  • Asar -
  • Magrhib -Kegiatan Jemaah Tabliq (Pembimbing: Jemaah Tabliq)
  • Isya' -
Setiap hari Khamis:-
  • Subuh - Membudayakan kitab suci Al-Quran (Pembimbing: Tn Imam Hj. Abd. Aziz)
  • Zohor -
  • Asar -
  • Magrhib -Kefahaman Membaca Al-Quran (Pembimbing: Tn Imam Hj. Abd Aziz)
  • Isya' - Talqi Al-Quran (Pembimbing: Tn Imam Hj. Abd Aziz)
Setiap hari Jumaat:-
  • Subuh - Membudayakan kitab suci Al-Quran (Pembimbing: Tn Imam Hj. Abd. Aziz)
  • Zohor - Tazkirah (Pembimbing: Ustaz Jemputan) *Dijalankan pada jam 12:30 Tgh Hari atau 15 minit  sebelum masuk waktu solat
  • Asar -
  • Magrhib - Bacaan Surah Yasin / Ratib Asma' Al-Husna (Pembimbing: Tn Imam Hj. Abd Aziz) 
  • Isya' - 
Setiap hari Sabtu:-
  • Subuh - Membudayakan kitab suci Al-Quran (Pembimbing: Tn Imam Hj. Abd. Aziz)
  • Zohor -
  • Asar -
  • Magrhib - Kelas Fardu Ain - Fekah (Pembimbing: Tn Imam Hj. Abd. Aziz)
  • Isya' - Kursus Haji & Umrah (Pembimbing: Imam Ghair)
Setiap hari Ahad:-
  • Subuh - Kuliah Subuh (Pembimbing: Ustaz Roslan)
  • Zohor -
  • Asar -
  • Magrhib - Sembang-sembang Ibadah (Pembimbing: Ustaz Nasri)
  • Isya' -
 Nota:-
  1. Pada hari Khamis malam Jumaat terakhir setiap bulan, bacaan Ratib Al-Attas dan Asma' Al-Husna akan diadakan. Dipimpin oleh Tuan Imam Hj. Abd Aziz bin Naemat
  2. Pada waktu Isya' akan menghadiri jemputan Khairah untuk majlis bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat jika ada.
  3. Jadual di atas tertakluk kepada perubahan mengikut kesuaian program dan penceramah.

Tuesday, 13 March 2012

Majlis Pengisytiharaan Permulaan Solat Jumaat


Dijemput kepada semua penduduk di kawasan Taman Rinting dan berhampiran untuk hadir ke Majlis Pengisytiharaan Permulaan Solat Jumaat seperti informasi berikut:-

Oleh:      Hj. Mohd Azman Bin Hj. Mohsin (Kadi Daerah Johor Bahru)
Lokasi:   Masjid Taman Rinting
Tarikh:   23 Mac 2012 (Jumaat) / 30 Rabiatul Akhir 1433H
Masa:     12:30 Tengah Hari


Tuesday, 21 February 2012

Majlis Penyerahan Kunci


Alhamdulillah, Masjid Taman Rinting Telah disiap dibina dan Majlis Penyerahan Kunci dilakukan oleh Jurutera Daerah JKR kepada Kadhi Daerah Johor Bahru pada 15hb Februari 2012. Diucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada penduduk Taman Rinting dan Para Penderma yang telah membantu dan menjayakan kutipan dana sebanyak RM1 juta lebih untuk pembinaan Masjid Taman Rinting. 

Ucapan terima kasih juga kepada YB Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang yang bersama membantu mendapatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta dari YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. YB DSKN juga telah memberi peruntukan sebanyak RM30,000. Terima kasih juga kepada YB MM Sammy, ADUN Permas Jaya yang telah membantu mendapatkan peruntukan RM200,00 dari YAB Menteri Besar Johor.

Masjid Taman Rinting telah mula digunakan untuk Solat 5 Waktu bermula pada Solat Zohor pada 15 Februari 2012. Untuk Solat Jumaat akan dimulakan setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Negeri Johor. Alhamudlillah dengan siapnya Masjid baru ini, dijemputlah semua Muslimin dan Muslimat terutamanya penduduk Taman Rinting bersama-sama untuk mengimarah dan solat berjemaah di masjid kita.

Kronologi / Pembangunan Masjid


Pada tahun 1989, pihak pemaju Taman Gunong Hijau Sdn Bhd telah mewakafkan sebuah tapak tanah di lot PTD 46114, Jalan Cendana 5 Taman Rinting, Mukim Plentong, Masai, Johor sebagai tapak untuk mendirikan sebuah suarau@masjid bagi kegunaan penduduk-penduduk beragama Islam di Taman Rinting. Hasil dana yang dikumpulkan daripada bantuan kerajaan dan sumbangan orang ramai, maka sebuah surau separuh kekal telah dapat dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM60000. Surau ini telah mula digunakan pada pertengahan tahun 1991.

Surau Taman Rinting ini selanjutnya telah mendapat izin bagi mendirikan Solat Jumaat sebagai menampung Jemaah dari Masjid Masai yang dirobohkan untuk pembinaan masjid baru. Surau ini kemudiannya telah diperbesarkan sedikit demi sedikit untuk menampung jumlah Jemaah yang semakin meningkat.

Pada tahun 1995, Surau Taman Rinting ini telah dinaikkan taraf masjid oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Ini adalah berikutan dengan pembangunan pesat yang berlaku di Taman Rinting serta kawasan sekitar dengannya, jumlah penduduk Islam yang bermastautin di kawasan ini kian bertambah. Begitu juga aktiviti kemasyarakatan semakin rancak dijalankan, justeru itu keinginan penduduk-penduduk Islam setempat untuk mendapatkan sebuah masjid yang selesa untuk beribadah amatlah diperlukan.

Pada bulan ogos 1999, pihak masjid yang dimpimpin oleh En. Kamalruzaman bin Hj. Abu Hassan, melalui Biro Pembangunan & Eknominya telah menggerakkan kutipan dana dengan memperkenalkan saham wakaf iaitu menjual lot-lot tanah masjid. Selain daripada itu, tabung-tabung derma juga diwujudkan. Kutipan derma dari rumah ker rumah dijalankan disamping sumbangan daripada para usahawan dan pihak korporat. Sejumlah RM2.5 juta diperlukan untuk merealisasikan usaha yang murni ini.

Sehingga Februari 2008, lebih RM1.0 juta telah berjaya dikumpulkan dan pada Ogos 2008, pihak Jawatankuasa Masjid Taman Rinting telah berjaya mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 juta daripada YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak (sewaktu itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia) dengan sokongan YB Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin (Ahli Parlimen Pasir Gudang).

Bagi memastikan projek pembinaan masjid ini berjalan lancar, Jawatankuasa Biro Pembinaan Masjid Taman Rinting telah ditubuhkan dan dipimpin oleh Tn. Hj. Abdul Razak bin Yaacob. Fungsi jawatankuasa ini adalah untuk memantau perjalanan projek ini dan menghadiri setiap mesyuarat tapak projek yang diadakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru. Turut hadir sama dalam setiap mesyuarat tapak projek ini adalah wakil dari Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor serta pihak Kontraktor sehingga projek pembinaan masjid ini sempurna disiapkan.

Pada bulan April 2010, perlaksaan projek telah dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor memaklumkan keputusan tender telah dipersetujui dan Masjid Taman Rinting akan didirikan secepat mungkin dengan tempoh pembinaan selama 12 bulan.

Pada 21hb Mei 2010 Jemaah telah melakukan Solat Jumaat terakhirnya di bangunan lama dan seterusnya pada 25hb Mei 2010, tapak masjid ini telah diserahkan kepada pihak kontraktor untuk memulakan projek pembangunan Masjid Taman Rinting yang baru. Sementara menunggu pembinaan masjid siap sepenuhnya, solat lima waktu telah didirikan di Musholla iaitu Bangunan Balai Raya di Jalan Cendana 5. Sementara itu Surau di Jalan Beringin, Taman Rinting telah diberikan tauliah sementara oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor untuk mendirikan Solat Jumaat.


Monday, 20 February 2012

Selamat Datang ke Blog Masjid Taman Rinting

Assalamualaikum W.B.T.

Selamat datang ke laman blog Masjid Taman Rinting. Blog ini akan digunakan sebagai satu platform utama untuk menyalurkan maklumat-maklumat tentang kegiatan dan aktiviti yang telah, sedang dan bakal diadakan di masjid ini.

Alamat masjid:

Masjid Taman Rinting
Jalan Cendana 5,
Taman Rinting, 81750
Masai, Johor